Search
Close this search box.
Kaunselor Sufian mempengerusikan mesyuarat persiapan program Jelajah Armada Pemuda Parti PBB Sarawak. Foto TVS

Armada Pergerakan Pemuda PBB Sarawak berkampung di Lawas pada 28 – 30 Jun ini

LAWAS, 12 Jun: Armada Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak dijangka akan berkampung di Lawas dalam program jelajah turun padang untuk menyantuni sayap Pergerakan Pemuda Parti PBB pada 28 hingga 30 Jun ini.

Setiausaha Pergerakan Sayap Pemuda Parti PBB Sarawak, Kaunselor Sufian Mohat berkata, persiapan rapi sedang dijalankan Pergerakan Pemuda Parti PBB Batu Danau, Bukit Kota, Bukit Sari dan Ba Kelalan.

“Kita berharap semua jawatankuasa yang dilantik dapat membuat persiapan rapi dan bekerjasama antara Pergerakan Pemuda Parti PBB Batu Danau, Bukit Kota, Bukit Sari dan Ba Kelalan,” katanya ketika menghadiri mesyuarat persiapan program berkenaan di Pejabat Pergerakan Pemuda Parti PBB Cawangan Bukit Sari hari ini.

Turut sama ialah Exco Pergerakan Pemuda Parti PBB Sarawak Steve Lius dan Aron Paulus.

Sementara itu, Steve Lius menjelaskan pelbagai aktiviti khususnya acara sukan dan juga sesi ‘townhall’ bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan akan diadakan pada program itu.

“Kali ini dijangka Datuk Amar Awang Tengah akan bertemu muka dengan para belia dan pemuda kita untuk mereka mendengar sendiri hala tuju dan perjuangan Parti PBB kita.

“Jadi kita harap belia dan pemuda di Lawas agar tidak melepaskan peluang bersua muka dengan Datuk Amar Awang Tengah dan bertanya pelbagai persoalan yang menjadi fokus golongan sasar ini dalam memahami aspirasi perjuangan parti kita,” katanya kepada media.

Turut hadir dijangka memeriahkan Program Armada Pemuda Parti PBB ialah Ketua Pergerakan Pemuda Parti PBB Sarawak, Miro Simuh bersama barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda Parti PBB Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan