Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Induk Sambutan Gawai Dayak 2024, di Wisma Bapa Malaysia hari ini. Foto UKAS

99 kontinjen sertai Perarakan Kebudayaan Gawai 2024 Sabtu ini

ByAmirah Shawel

KUCHING, 12 Jun: Sebanyak 99 kontinjen dengan 13 kenderaan berhias akan menyertai Perarakan Kebudayaan Gawai Dayak 2024 di Tebingan Kuching pada Sabtu ini.

Presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA), Datu Ik Pahon Joyik berkata, perarakan itu yang dikenali sebagai Niti Daun Gawai sebelum ini akan dihadiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, perarakan pada tahun ini adalah lebih meriah berbanding tahun lepas, dengan hanya 92 kontinjen terlibat pada Niti Daun 2023.

“Pada tahun ini, kita akan menjemput rakan dari Sabah iaitu Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun Sabah (KDCA) untuk menyertai perarakan. Selain anggota Polis Diraja Malaysia dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), serta 12 kontinjen adalah daripada kementerian dan agensi- agensi.

“Kita menerima lebih banyak permintaan untuk menyertai perarakan tersebut namun terpaksa menolak berikutan masalah logistik dan susunan pergerakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Rombongan itu diketuai oleh Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Gawai Dayak 2024, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Sementara itu, beliau memaklumkan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menghadiri Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2024 nanti.

Premier Sarawak juga akan menghadiri makan malam tersebut yang akan diadakan pada 22 Jun di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) kelak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan