Search
Close this search box.
Pemohon yang berjaya mendapat rumah sendiri melalui Program Rumah Spektra Permata Skim Pembesaran Kampung Sarikei (Fasa III). Foto Len Talif Salleh

30 pemohon terima surat tawaran dapat Rumah Spektra Permata di Sarikei

SARIKEI, 12 Jun: Kegembiraan jelas terpancar pada wajah seramai 30 penduduk yang berjaya mendapat surat tawaran Program Rumah Spektra Permata Skim Pembesaran Kampung Sarikei (Fasa III) hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk berkata, setiap pemohon ditawarkan rumah bernilai RM160,000.

“Harga asal rumah tersebut RM220,000 manakala subsidi daripada Kerajaan Sarawak pula ialah RM60,000.

“Setiap pemohon hanya perlu membayar premium tanah RM3,000 secara ansuran. Semua rumah didirikan di atas lot persendirian,” katanya dalam satu hantaran menerusi Facebooknya.

Beliau menjelaskan, bayaran bulan rumah tersebut sekitar RM400 ke atas tertakluk pada umur pemohon sementara Mutiara Mortgage & Credit pula merupakan badan yang menjalankan urusan jual beli.

Program itu katanya, mengutamakan pemilik tanah yang diperuntukkan oleh Jabatan Tanah & Survei Sarawak (lebih dikenali sebagai Tanah TOL) di bawah Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS) di seluruh negeri Sarawak.

“Tahniah kepada mereka yang berjaya memiliki rumah sendiri dan terima kasih kerajaan Sarawak pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meringankan bebanan pemohon,” ujarnya.

Terdahulu, pemohon yang berjaya diberikan taklimat oleh Ketua Bahagian Pegawai Pemasaran Perbadanan Pembangunan Perumahan, Abang Zaidan Abang Abdul Rahim di Pejabat Perbadanan Pembangunan Perumahan di Taman Susur Jambu Indah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan