Search
Close this search box.
Peter Cochcroft menyifatkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai seorang pemimpin yang komited dalam merealisasikan impian Sarawak menjadi pengeksport tenaga hijau. Foto Alex Teo (TVS)

Tenaga hijau: Kesungguhan Abang Johari tarik perhatian global – Cochcroft

ByMuqri Aziz

KUCHING, 11 Jun: Kesungguhan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam mentransformasikan Sarawak sebagai hab tenaga hijau di rantau ini mendapat perhatian ramai.

Pengarah Asia-Pacific Net Zero Institute Pte Ltd Peter Cochcroft berkata hasrat Abang Johari merealisasikan impian Sarawak itu disifatkannya suatu perkara positif.

Kesungguhan Abang Johari tarik perhatian global – Cochcroft | TVS

“Semalam, saya mendengar ucaptama teliti yang dikongsikan oleh Premier Sarawak. Apa yang saya dapat daripada ucaptama beliau? Beliau mempunyai cita-cita yang tinggi bagi merealisasikan hasrat Sarawak dalam mengeksport tenaga hijau di rantau ini.

“Kita perlukan sokongan yang jitu dari semua pihak dan semangat itulah yang kita perlukan untuk memacu projek hidrogen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada forum ‘Perspectives on the ASEAN Hydrogen Clusters Development’ pada Asia-Pacific Green Hydrogen 2024 Conference and Exhibition di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Forum itu turut menampilkan empat panelis yang mengupas berkaitan bagaimana negara-negara ASEAN menjadikan projek hidrogen utama mereka berfungsi dengan baik di rantau ini serta wilayah-wilayah luar.

Bukan itu sahaja, Cochcroft turut mengakui Sarawak memiliki potensi besar dalam mengeksport tenaga hidrogen kepada negara-negara luar yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam tenaga itu

Ini kerana menurutnya, Sarawak merupakan wilayah yang paling unik di rantau Asia Tenggara kerana ia mempunyai angin kuasa hidro yang luas untuk membekalkan lebih banyak kuasa hidro serta keupayaan untuk memastikan bekalan elektrik pada kadar yang murah.

Walaupun mengakui rantau ini tidak mempunyai sebarang permintaan domestik dalam tenaga hidrogen kerana lebih tertumpu kepada industri perkapalan marin, namun Cochcroft percaya dengan kelebihan yang ada pada Sarawak membolehkan mereka dapat mengeksport tenaga itu dengan lebih berkesan.

“Sarawak tidak mempunyai masalah dalam tenaga kerja kerana rata-rata tenaga kerja di sini sudah bekerja dalam industri perkapalan marin dari satu generasi ke generasi depan.

“Bukan itu sahaja, saya juga melihat Sarawak mempunyai bekalan air yang begitu luas serta garis pantai yang amat panjang dan membolehkan mereka mengeksport tenaga itu dan tidak seperti di tempat saya di Australia,” katanya.

Mengulas mengenai perkara itu, beliau berkata industri dalam mengeksport tenaga hidrogen itu sudah semestinya memberikan satu impak positif kepada ekonomi setempat.

“Saya turut berpandangan bahawa sokongan daripada pihak kerajaan mahupun swasta juga amat penting kerana jika tiada sokongan itu, maka industri ini tidak dapat berfungsi.

“Tetapi di Sarawak, Kerajaan Sarawak amat menyokong usaha itu memastikan wilayah ini menjadi kuasa besar dalam mengeksport tenaga hidrogen di rantau ini,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan