Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. Foto Zen Hashim (TVS)

Simposium Haji Perdana ke-48: Malaysia teliti sebelum laksana untuk jemaah haji negara

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 11 Jun: Malaysia akan meneliti semua usul dan fatwa yang dibuat di dalam Simposium Haji Perdana (Grand Hajj Symposium) ke-48’ yang dianjurkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata dapatan daripada simposium itu akan dibawa ke peringkat Muzakarah Haji Kebangsaan dengan lebih teliti, sebelum melaksanakan mana-mana usaha yang difikirkan terbaik untuk jemaah haji Malaysia.

Simposium Haji Perdana ke-48: Malaysia teliti sebelum laksana | TVS

“Matlamat utama simposium ini adalah untuk memberitahu menteri-menteri yang terlibat dalam negara masing-masing mengenai perkembangan serta usaha Kementerian Arab Saudi yang terbabit untuk memastikan kebajikan jemaah haji bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga seluruh dunia.

“Pada tahun ini perbincangan lebih berkisar tentang persoalan fatwa dan usul fiqh, bahawa agama Islam ini menganjurkan kemudahan,” katanya ketika ditemui di Makkah Chamber of Commerce di sini, semalam.

Bertemakan ‘Observing The Religious Permissions and Adhering to the Established Regulations in Hajj Ritual’, simposium tersebut dihadiri lebih 500 menteri agama, ulama dan pemikir dari 60 negara.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Syed Hamadah Syed Othman dan Ketua Rombongan Haji Malaysia 1445H/2024 Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Simposium sehari itu menjadi platform utama untuk para intelektual dan agamawan dari seluruh negara bertukar pengetahuan selain memupuk pemahaman yang lebih mendalam serta meningkatkan penghayatan melibatkan dimensi spiritual, budaya dan sosial ibadah haji.

Selain itu, pertemuan itu juga diadakan bagi memaklumkan tentang pencapaian kerajaan Arab Saudi dalam menyantuni jemaah haji dengan projek-projek perintis serta perkembangan terkini di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Antara tajuk forum yang akan diadakan ialah ‘Legal and Jurisprudential Dispensations in Hajj’, ‘The Jurisprudence of Dispensations and Its Impact on Facilitating the Hajj Ritual’ dan ‘Towards a Safe Hajj, Adhering to Guidelines and Regulations’.

Selepas menghadiri simposium berkenaan, Mohd Na’im bersama rombongan pengurusan tertinggi TH turut melawat pameran yang diadakan oleh Kementerian Media Arab Saudi di Makkah Chamber for Exhibitions and Events Center. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan