Search
Close this search box.
Seorang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Jalan Pesisir Bintulu Samalaju, Ladang Tatau Estate, Bintulu, hari ini. Foto JBPM

Seorang maut, seorang lagi parah dałam kemalangan kendiri di Bintulu

BINTULU, 11 Jun: Seorang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Jalan Pesisir Bintulu Samalaju, Ladang Tatau Estate di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa wanita Nur Fariha Abu Bakar Ashe’ari,24, beralamat di RPR Fasa 2, Tanjung Kidurong, Bintulu, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa lelaki berusia 25 tahun cedera parah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 7.22 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong ke lokasi kejadian.

“Setiba anggota di lokasi didapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Perodua Bezza kemalangan kendiri yang dinaiki dua orang individu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak keluar daripada kenderaan.

“Mangsa seorang wanita dilaporkan telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa lelaki mengalami kecederaan parah telah dibawa ke hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba membuat kerja-kerja size-up di sekitar kawasan lokasi bagi memastikan tiada mangsa lain terlibat.

“Kerja-kerja pembersihan turut dijalankan untuk membersihkan sisa-sisa kemalangan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan