Search
Close this search box.
Pengerusi Sarawak Economic Development Corporation (SEDC), Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Dato Husain berucap pada Pajlis Membentuk Masa Depan Sarawak: Menerajui Usaha dalam Pembangunan Hidrogen Hijau di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

SEDC komited bantu Sarawak pacu inovasi hidrogen hijau

ByKimberly Dickson

KUCHING, 11 Jun : Lembaga Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) komited menggariskan fokus strategik serta peranannya dalam menjadikan Sarawak negara maju sekali gus negeri ini mencapai sasaran sifar karbon menjelang 2050.

Pengerusinya, Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain menekankan komitmen SEDC terhadap kecemerlangan, terutamanya melalui penggunaan teknologi yang memacu inovasi hidrogen hijau.

Kemudahan R&D jana hidrogen efisien | TVS

“Kami komited untuk memimpin inisiatif ini dan memposisikan Sarawak sebagai pemimpin global dalam pembangunan hidrogen hijau.

“Amanah kami jelas untuk mendorong ekonomi hijau ke hadapan dengan penekanan khusus ke atas pengeluaran hidrogen hijau untuk mengubah industri-industri yang pelbagai,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di forum Agenda Sarawak bertemakan ‘Membentuk Masa Depan Sarawak: Memimpin dalam Pembangunan Hidrogen Hijau’ di Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik (APGH) 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan fokus strategik SEDC merangkumi menghasilkan, menyimpan, mengedarkan, dan mengeksport hidrogen hijau.

Penekanan tentang kepentingan hidrogen hijau jelasnya mampu mencatatkan sifat mesra alam kerana hanya menghasilkan air dan tenaga yang tidak mengeluarkan sebarang karbon dioksida.

Beliau turut menggariskan dominasi elektrolisis alkali dalam pasaran semasa disebabkan oleh kecekapan kos dan keberkesanannya sekali gus menekankan dedikasi SEDC untuk selaras dengan teknologi hidrogen hijau untuk masa depan yang mampan.

Tambahnya lagi, Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) harus dijalankan bagi memantapkan lagi penggunaan elektroliser yang lebih berkesan.

“Jika kita ingin melihat perkembangan hidrogen, kita perlu melihat bagaimana kita boleh menggunakan elektroliser dengan lebih berkesan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan