Search
Close this search box.
Sarawak sedang giat mengkaji teknologi sesuai untuk pengeluaran padi. Foto hiasan Envato

Sarawak kaji teknologi sesuai untuk pengeluaran padi – Abang Johari

KUCHING, 11 Jun: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak kini giat menjalankan kajian berkaitan teknologi yang sesuai untuk pengeluaran padi.

Sarawak kaji penggunaan teknologi sesuai pengeluaran padi | TVS

Menurut beliau perkara itu sedang dilaksanakan oleh Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Sarawak (MFICORD), Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Perasmian Persidangan Serantau Kedua mengenai Pemuliharaan Agrobiodiversiti dan Penggunaan Lestari (RAC2) 2024, di sini, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

“Kita sekarang ingin menumpukan perhatian dengan teknologi baharu jadi Dr Rundi kini sedang meneliti perkara tersebut supaya kita boleh meningkatkan pengeluaran beras,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Persidangan Serantau Kedua mengenai Pemuliharaan Agrobiodiversiti dan Penggunaan Lestari (RAC2) 2024, di sini, hari ini.

Persidangan yang bermula hari ini hingga 13 Jun itu dianjurkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Persidangan ini antara lain akan menumpukan perbincangan berhubung kepentingan sekuriti makanan melalui eksplorasi dan konservasi sumber agrobiodiversiti serta mitigasi perubahan iklim untuk kelestarian pertanian.

Objektifnya adalah untuk mewujudkan satu forum peringkat kebangsaan, global, dan institusi antarabangsa terpilih bagi bertukar maklumat dengan kumpulan pakar berkaitan agro biodiversiti.

Turut hadir, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Sarawak (MFICORD), Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, serta kedua-dua Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, dan Martin Ben.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, pembudayaan teknologi baharu mampu merealisasikan usaha Sarawak untuk mengubah landskap pertanian padi dengan penggunaan sumber air yang mencukupi.

“Kerana sasaran kita ialah 200 metrik tan, kalau 10,000 hektar jumlahnya lebih kurang 200,000 tan metrik itu jika kita menggunakan teknologi barulah.” jelas beliau.

Sebelum ini Abang Johari berkata, Sarawak yakin tidak akan menghadapi krisis bekalan beras apabila kawasan seluas 10,000 hektar yang ditanam dengan padi hibrid mengeluarkan hasil sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun lagi.

Berdasarkan kajian dilaksanakan Universiti Putra Malaysia (UPM), kawasan penanaman padi Gedong, Simunjan, Lundu, Bantung dan Lingga mampu mengeluarkan beras sekali ganda lebih banyak daripada jumlah yang di import ketika ini.

“Bermakna kalau ada kajian ia boleh menaikkan hasil, kerana kita tidak bergantung kepada import India, Thailand mahupun Vietnam. Kadangkala, kita akan bertemu dengam musim tanpa beras,” ujar beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan