Search
Close this search box.
Satu lagi kes kematian akibat rabies dicatatkan di Sarawak. Foto Envato

Rabies ragut satu lagi nyawa

BySaibi Gi

KUCHING, 11 Jun: Satu lagi kes kematian akibat rabies dicatatkan di Sarawak.

Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Veronica Luggah berkata mangsa meninggal dunia pada 5 Jun di Hospital Umum Sarawak.

“Dengan pertambahan kes baru ini, kumulatif kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak yang dilaporkan semenjak wabak diisytiharkan pada Julai 2017 sehingga kini adalah sebanyak 79 kes dengan 72 kematian,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya, daripada 79 kes ini, empat kes telah dikesan pada tahun ini dan kesemua kes telah meninggal dunia akibat komplikasi daripada jangkitan rabies.

Antara empat kes yang dikesan pada tahun ini, satu kes mendapat jangkitan melalui gigitan anjing liar, manakala tiga kes mendapat jangkitan melalui haiwan peliharaan mereka sendiri.

Antara tiga kes yang terdedah kepada haiwan peliharaan sendiri, kesemua mereka memelihara kucing manakala salah satu kes turut membela anjing di rumah, jelasnya.

Dua kes membabitkan mengutip kucing liar yang tidak diketahui status kesihatan untuk dipelihara.

Katanya, semua haiwan peliharaan mereka juga tidak menerima vaksinasi anti-rabies serta bebas bercampur dengan haiwan liar.

Risiko untuk haiwan peliharaan ini dijangkiti rabies adalah amat tinggi, justeru risiko untuk manusia dijangkiti juga tinggi sekiranya digigit atau dicakar.

“Kesemua kes juga tidak mendapatkan rawatan atau menerima vaksinasi anti-rabies di mana-mana fasiliti kesihatan selepas digigit atau dicakar haiwan,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan