Search
Close this search box.
Datuk Seri Ahmad Maslan meninjau kemajuan Projek Pembinaan Gantian Penuh 12 Bilik Darjah di SK Jalan Haji Baki, Kuching, hari ini. Foto TVS

Projek ganti sekolah usang SK Jalan Haji Baki siap Julai ini

ByJeeridyne

KUCHING, 11 Jun: Projek Pembinaan Gantian Penuh 12 Bilik Darjah dan lain-lain kemudahan di SK Jalan Haji Baki Padawan yang menelan kos RM18.30juta dijangka siap pada 6 Julai 2024.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan meluangkan masa hari ini untuk meninjau kemajuan kerja projek tersebut.

“Pelanggan projek ini adalah Kementerian Pendidikan dan Pasukan Projek Khas 2, JKR Malaysia adalah sebagai agensi pelaksana. Projek ini dilaksanakan secara kaedah konvensional perunding (tender terbuka).

“Kontraktor utama projek ini adalah BWS Engineering Sdn Bhd dan tempoh pembinaan projek ini adalah selama 26 bulan iaitu bermula pada 14 April 2022 dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Julai 2024,” katanya ditemui semasa tinjauan di sini, hari ini.

Setakat ini, kemajuan fizikal projek mencapai 91.83 peratus berbanding 90.83 peratus jadual asal.

Matlamat utama pembinaan sekolah ini adalah untuk menggantikan bangunan asal yang terdiri daripada struktur kayu atau separa kayu yang sudah usang.

Projek ini direka bentuk dengan menyediakan kemudahan satu unit blok pentadbiran dan akademik yang mengandungi 12 bilik darjah, pejabat guru, bilik sakit dan pergigian, bilik komputer, perpustakaan, bilik pendidikan seni, bilik sains dan surau.

“Kementerian Kerja Raya berharap agar projek ini dapat disiapkan dalam tempoh masa, kos dan kualiti yang telah ditetapkan demi pemerkasaan institusi pendidikan anak bangsa Rakyat MADANI di Sarawak,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan