Search
Close this search box.
Panelis forum 'Perspectives on the ASEAN Hydrogen Clusters Development' yang membincangkan projek hidrogen di rantau ASEAN. Foto Alex Teo (TVS)

Polisi dan insentif faktor pendorong penerokaan industri hidrogen

ByMuqri Aziz

KUCHING, 11 Jun: Dasar yang jelas dan skim insentif ditawarkan kerajaan merupakan antara faktor penting bagi semua pihak yang ingin menceburi industri pengeluaran dan eksport tenaga hidrogen di rantau ini.

Timbalan Ketua Pasukan Pembangunan Perniagaan Hidrogen, PTT Public Company Limited Dr. Nuttapong Hariwongsanupab berpandangan ramai pemain industri masih bergelut dengan kos serta laluan penyahkarbonan yang tidak berkait rapat antara satu sama lain.

Polisi dan insentif faktor pendorong penerokaan industri hidrogen | TVS

“Ini meliputi adakah harga karbon yang ditetapkan mencukupi atau adakah wujudnya jurang sehingga memerlukan subsidi atau sebarang bentuk sokongan daripada kerajaan untuk menjayakannya.

“Sehubungan itu, faktor yang paling penting adalah meletakkan sokongan dasar atau skim insentif yang jelas yang boleh dinikmati oleh pemain industri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam forum ‘Perspectives on the ASEAN Hydrogen Clusters Development’ pada Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik (APGH) 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Sementara itu, Kaunselor Hal Ehwal Ekonomi, Kedutaan Jerman di Malaysia Dr. Zanckiewicz berpendapat penetapan harga karbon membolehkan penggunaan dan pengeluaran tenaga hidrogen menjadi kos yang cekap.

“Di Kesatuan Eropah (EU), kita memperkenalkan sistem penetapan harga karbon yang tetapi kita sentiasa mencari perkongsian antarabangsa dan sangat gembira melihat di Malaysia telah mula membincangkan serta menubuhkan rangka kerja sedemikian,” katanya.

Namun, Pengarah Asia-Pacific Net Zero Institute Pte Ltd Peter Cochcroft mempunyai pendapat yang berbeza dengan memberi tumpuan kepada perkongsian maklumat yang konsisten di rantau ini adalah jalan yang terbaik bagi bersama-sama melaksanakan projek hidrogen.

“Negara-negara yang dekat dengan kita di rantau ini perlulah berkongsi peraturan, piawaian, dasar dan kos peralatan.

“Penubuhan Persatuan Hidrogen Bersih Asia adalah jalan yang terbaik kerana melalui persatuan ini akan mengumpulkan kesemua negara-negara anggota kerana wilayah ini bersama-sama berkongsi bagi memenuhi permintaan, pengangkutan serta penggunaan tenaga hidrogen,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan