KUCHING, 11 Jun: Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Donald Lawan, meninggal dunia di Borneo Medical Centre di sini pada pukul 6.38 petang hari ini.
Perkhabaran itu disahkan anaknya, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan.
“Kita doakan agar rohnya bersemadi dengan aman,” katanya menerusi WhatsApp.
Sebuah portal berita tempatan, Dayak Daily, melaporkan mendiang meninggal dunia akibat kegagalan jantung.
Mendiang berumur 81 tahun. -TVS