Search
Close this search box.
Datuk Seri Ahmad Maslan meninjau projek pembinaan bangunan SK Jalan Haji Baki di Kuching, hari ini. Foto TVS

KKR laksana projek pembinaan, naik taraf 25 sekolah di Sarawak

KUCHING, 11 Jun: Tiga daripada 25 sekolah yang dirancang dibina di Sarawak dijangka dapat disiapkan pada tahun ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ia melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Haji Baki dan SK Padawan di sini serta Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sadong di Simunjan.

“Ada (projek) pembinaan sekolah baharu dan ada yang dinaik taraf. Kementerian Kerja Raya (KKR) sebagai kementerian pelaksana sementara Kementerian Pendidikan sebagai kementerian pengguna,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek pembinaan bangunan SK Jalan Haji Baki di sini, hari ini.

Menurutnya SK Jalan Haji Baki sebelum ini disenaraikan sebagai sekolah daif dengan bangunan asalnya berstruktur kayu.

Ia mula dibina semula pada 14 April 2022 dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai ini dengan kos bernilai RM18.18 juta. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan