Search
Close this search box.
ADUN Meluan, Rolland Duat Jubin menghadiri Majlis Ngiling Bidai bersama penduduk Rumah Trisy di Nanga Slaut Tengah Julau. Foto ADUN Meluan

Kerajaan lulus RM100,000 baik pulih Rumah Trisy Julau

JULAU, 11 Jun: Kerajaan Sarawak melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) meluluskan RM100,000 untuk projek naik taraf Rumah Panjang Trisy Nanga Slaut Tengah di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin berkata, projek berkenaan bakal memberi manfaat kepada seramai 250 orang penduduk di rumah panjang 46 pintu itu.

Menurutnya, pelaksanaan projek bermula Julai dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan.

“Ini merupakan salah satu projek penting untuk rumah panjang di kawasan saya.

“Sehubungan itu, saya menggesa semua pihak memberikan kerjasama agar pelaksanaan projek ini berjalan lancar dan sempurna,” katanya kepada media hari ini.

Terdahulu, beliau berkesempatan menghadiri program Ngiling Bidai bersama penduduk rumah panjang berkenaan.

Menurut Rolland, program yang bertemakan Duduk Betimpai Segulai Sejalai itu diadakan bagi menandakan simbolik penutupan Hari Gawai.

Katanya, program memberikan peluang kepadanya untuk merayakan kemeriahan Hari Gawai dengan penduduk-penduduk sekitar kawasan Slaut, Julau selain menjalinkan hubungan lebih erat bersama rakyat.

“Kita sangat bertuah kerana kerajaan di bawah pimpinan Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sentiasa memberikan perhatian terhadap keperluan dan kebajikan rakyat khususnya di kawasan Julau,” katanya.

Hadir sama Temenggung Janggu Banyang, Penghulu Joseph Wong dan juga Ketua-Ketua Kaum dan Masyarakat (KMKK) sekitar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan