Search
Close this search box.
Pengarah Tourism Malaysia Sarawak, Nurul Ain Mohammed Yunus ketika ditemui TVS di pejabatnya di Riverbank Suites di sini, hari ini. Foto TVS

Keindahan alam, keunikan budaya Sarawak tarik minat pelancong Eropah

ByAdlina Rahman

KUCHING, 11 Jun: Data pembelian Pakej Pelancongan Sarawak Delta Geopark dan Gawai 2024 yang dilancarkan baru-baru ini merekodkan kebanyakan pembeli berasal dari benua Eropah.

Pengarah Tourism Malaysia Sarawak, Nurul Ain Mohammed Yunus mendedahkan dari tempoh Disember 2023 hingga April 2024 jumlah jualan mencecah RM200, 000 merangkumi 75 pakej yang terjual.

Keindahan alam semula jadi Sarawak tarik pelancong benua Eropah | TVS

“Tourism Malaysia mula melancarkan pakej ini pada April tahun ini. Walaubagaimanapun penjualan pakej telah mula lebih awal.

“Kebanyakkan pembeli adalah dari pasaran antarabangsa, kebanyakkannya dari benua Eropah iaitu sebanyak 271 pembeli. Manakala bagi pelancong domestik pula 196 pembeli,” katanya ketika ditemui TVS di pejabatnya di Riverbank Suites di sini, hari ini.

Nurul Ain mengakui kekayaan Sarawak dalam kepelbagaian budaya, adat serta keindahan flora dan faunanya menjadikan negeri ini sebagai destinasi pilihan pelancong asing serta tempatan.

Justeru itu, pelancaran pakej pelancongan berkenaan katanya  bertujuan untuk mempromosikan kawasan di luar Kuching seperti di Bau dan Padawan.

Tambahnya kawasan tersebut merupakan ‘hidden gem’ yang dikenal pasti akan menawarkan pelbagai tarikan semula jadi kepada pelancong asing.

“Kalau kita bercakap mengenai Sarawak, orang akan selalu fokus kepada kawasan Kuching, Mulu dan Semenggoh. Sudah menjadi tanggungjawab kami dan juga agensi pelancongan lain mempromosikan kawasan tersebut selain meningkatkan ekonomi penduduk setempat,” ujarnya.

Memetik contoh, Nurul Ain memberitahu antara lokasi yang diyakini bakal mencuri tumpuan pelancong adalah ‘kampung di atas awan’ di Kampung Sapit serta Air Terjun Susung di Padawan.

Sebanyak 37 pakej pelancongan telah diwujudkan oleh Tourism Malaysia dengan kerjasama 13 operator pelancongan Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang bukan sahaja menawarkan lawatan ke lokasi geotapak, malah tapak biologi dan budaya di sekitar kawasan Sarawak Delta Geopark (SDGp) yang merangkumi kawasan Kuching, Bau dan Padawan.

Bagi mereka yang berminat, boleh layari laman rasmi Tourism Malaysia di www.malaysia.travel. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan