Search
Close this search box.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menempatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda atau jentera bomba (prime mover) di Balai Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bako Indah. Foto TVS

JPBM bakal tempatkan ‘prime mover’ di PBS Bako Indah

KUCHING, 11 Jun: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menempatkan sebuah jentera baharu di Balai Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bako Indah bagi memperkuatkan kapasiti operasi bantuan awal kecemasan.

Ketua Pengarahnya, Dato Nor Hisham Mohammad berkata perkara itu bakal dibincangkan dengan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Setakat ini kata Nor Hisham, terdapat dua pilihan jentera untuk diserahkan kepada PBS Bako Indah sama kenderaan pacuan empat roda atau jentera bomba (prime mover).

“Kita ada dua pilihan jentera dari Korea Selatan dan Jepun, pertamanya Triton, satu lagi memang jentera bomba yang kita terima daripada Guro, Korea Selatan.

“Selanjutnya kita akan tengok bagaimana untuk melakukan penambahbaikan dan kita akan jumpa dengan Timbalan Premier Sarawak bagi permohonan untuk diletakkan di Bako,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita bagi mengulas penambahan aset Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bako Indah semasa sesi libat urus bersama pasukan itu di Kampung Bako Indah di sini pada Selasa.

Ketika ini PBS Bako Indah mengoperasikan jentera bomba yang diubahsuai daripada Proton Arena dengan kelengkapan seperti tangga bertingkat, enam hos, pam air, serta peralatan lain.

Menurut Nor Hisham, ia selepas kekangan pergerakan jentera tersebut yang hanya memuatkan kapasiti dua ahli PBS Bako Indah semasa operasi.

Selepas PBS Bako Indah menerima perolehan baharu, kenderaan itu katanya akan diserahkan kepada PBS lain yang tidak memiliki sebarang jentera serta aset lain untuk digunakan.

Terdahulu, Nor Hisham memuji kesungguhan PBS melaksanakan tanggungjawab sebagai ‘first responder’ membantu masayarakat meskipun tiada imbuhan atau elaun khusus diberikan.

Menurutnya inisiatif pasukan terbabit telah mempamerkan keikhlasan untuk membantu masyarakat tanpa mengharapkan sebarang balasan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan