Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bercakap kepada pemberita ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Selasa. Foto Awang Azmil (TVS)

Jajaran ‘redline’: Jejambat di Batu 8, Kuching antara keutamaan Kerajaan Sarawak, KKR – Nanta

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 11 Jun: Jejambat di Jalan Batu 8, Kuching antara jajaran ‘redline’ di Sarawak yang diutamakan kerajaan negeri untuk dinaik taraf bagi mengatasi isu kesesakan lalu lintas, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menurutnya Kementerian Kerja Raya (KKR) sudah mengenal pasti reka bentuk yang menepati standard bagi menyelesaikan isu penyelenggaran kawasan terlibat dalam jajaran ‘redline’ di Sarawak.

Nanta mendedahkan terdapat beberapa lokasi ‘redline’ tidak terlibat dalam pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak telah dikenal pasti untuk penambahbaikan infrastruktur setempat.

“Daripada pembentangan KKR kepada Premier Sarawak serta Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, kami telah mengenal pasti beberapa tempat yang terlibat dalam jajaran ‘redline’.

“Asalnya, kawasan ini sudah dalam keadaan uzur, setelah lama siap Pan Borneo dan jalan-jalan ini semestinya perlu diperbaiki,” katanya ketika ditemui TVS selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Menurut Nanta, perbincangan pihaknya dengan Kerajaan Sarawak dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak terdahulu telah menentukan kawasan yang diutamakan oleh keutamaan kerajaan negeri.

“Keutamaan kerajaan negeri termasuk jejambat yang dicadangkan di Jalan Batu 8, Kuching yang setiap hari melalui kesesakan serta di kawasan Saratok, oleh itu, (sumber) kewangan diperlukan bagi menyempurnakan jalan-jalan terlibat,” kata Nanta.

Menerusi satu kenyataan pada Jun 1, Kementerian Kerja Raya mengumumkan pihaknya memerlukan peruntukan sekurang-kurangnya RM1 bilion lagi untuk kerja pembinaan jajaran ‘redline’.

Jajaran ini perlu dilaksanakan agar ia mengikut standard Projek Lebuh Raya Pan Borneo dan dijangka mengoptimumkan daya sumber Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak namun ia perlu bagi menjamin kelancaran, keselesaan dan keselamatan kepada pengguna jalan lebuh raya di negeri ini.

Istilah ‘redline’ membawa maksud laluan asal sedia ada sebelum pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dan ia melibatkan kawasan Kuching, Serian, Sibu, Bintulu, Julau dan Miri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan