Search
Close this search box.
Isteri maut manakala suami cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 40 Jalan Pesisir Bintulu-Miri pagi tadi. Foto IPD Bintulu

Isteri maut, suami parah kemalangan di Jalan Pesisir Bintulu- Miri

BINTULU, 11 Jun: Isteri maut manakala suami cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 40 Jalan Pesisir Bintulu-Miri pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, kejadian jam 7 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza terbabas sendiri.

“Kemalangan dipercayai berlaku semasa pemandu kereta bersama isteri dalam perjalanan dari Tanjung Kidurong menghala ke Taman Perindustrian Samalaju.

“Tiba-tiba kereta dipandu hilang kawalan dan terbabas ke arah bertentangan selepas melanggar penghadang besi di tengah jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, akibat kemalangan itu, pemandu kereta seorang lelaki berusia 25 tahun mengalami kecederaan di bahagian abdomen dan sedang mendapat rawatan di Hospital Bintulu.

“Seorang penumpang perempuan yang juga isteri telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Bintulu yang tiba di lokasi kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegasnya.

Seorang maut, seorang lagi parah dałam kemalangan kendiri di Bintulu

Difahamkan kedua-dua mangsa baharu sahaja mendirikan rumah tangga.

Dalam pada itu, Nixon menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

Sekiranya ada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh tampil dan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Pung Ting Khang, Balai Trafik Bintulu di talian 086-338575 atau Bilik Gerakan IPD Bintulu 086-318304. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan