Search
Close this search box.
Kenangan Almarhumah Zuraida Mohd Haris bersama suaminya Mohd Azmil di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Tanah Suci. Foto Facebook Mohd Azmil

Haji: Seorang jemaah wanita meninggal dunia akibat pendarahan otak

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 11 Jun: Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Hospital King Abdul Aziz di Mekah pada jam 8.15 malam waktu tempatan semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar bekata, punca kematian adalah disebabkan pendarahan otak sebelah kanan.

Seorang lagi jemaah haji meninggal dunia | TVS

“Almarhumah berumur 37 tahun dan jenazah beliau telah dikebumikan pada 5.07 pagi tadi di Tanah Perkuburan Syuhada Al-Haram

“Sehingga hari ini seramai lima orang jemaah haji telah meninggal dunia akibat saluran darah utama pecah, serangan jantung, kegagalan fungsi organ dan pendarahan otak.

“Saya mengucapkan takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Tabung Haji di Mekah, hari ini.

Na’im memberitahu Tabung Haji akan melaksanakan Badal Haji untuk kesemua jemaah haji yang meninggal dunia dan ditanggung melalui Tabung Kebajikan Jemaah Haji Malaysia.

Jemaah yang meninggal Zuraida Mohd Haris berasal dari Ampang, Selangor datang bersama suami menghembuskan nafas terakhirnya selepas mendapatkan rawatan selama enam hari. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan