Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Tabung Haji di Mekah, hari ini. Foto Zen Hashim (TVS)

Haji: Persediaan operasi Masyair siap sepenuhnya – Na’im Mokhtar

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 11 Jun: Persediaan operasi Masyair bagi menyambut jemaah haji Malaysia ke bumi Arafah, Muzdalifah dan Mina bermula Jumaat ini, dilaporkan telah siap sepenuhnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, perkhidmatan sokongan seperti perubatan yang telah beroperasi bagi memantau tahap kesihatan para jemaah sejak mereka tiba di bumi barakah ini.

Persediaan operasi Masyair siap sepenuhnya | TVS

“Insya-Allah, dengan berbaki tiga hari lagi, semua jemaah dan petugas haji akan memulakan pergerakan ke Arafah.

“Ini merupakan pergerakan terbesar di dunia, dengan hampir 2 juta orang menuju ke destinasi yang sama,” kata Na’im.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Tabung Haji di Mekah, hari ini.

Dalam pada itu, Na’im memberitahu Tabung Haji sentiasa mengamalkan penambahbaikan berterusan untuk memastikan kecemerlangannya.

Menurutnya banyak inisiatif baharu telah diperkenalkan pada musim haji ini dalam memastikan jemaah haji Malaysia mendapat manfaat sewajarnya.

“Saya juga amat berpuas hati dengan operasi haji pada tahun ini dan mendapat maklum balas yang baik daripada para jemaah Malaysia,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan