Search
Close this search box.
Empat lelaki yang terlibat dalam tiga kes kecurian kabel di Menara Telekomunikasi di daerah Sri Aman dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam. Foto hiasan Envato

Empat lelaki curi kabel dihukum penjara

SRI AMAN, 11 Jun: Empat lelaki yang terlibat dalam tiga kes kecurian kabel di Menara Telekomunikasi di daerah Sri Aman dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Kesemua tertuduh Dean Entalai Rawing, Stephen Dinies, Goyak Empam dan Doman Yek berusia dalam lingkungan 32 hingga 38 tahun mengaku bersalah.

Pertuduhan telah dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Majistret Sri Aman, di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 di bawah akta yang sama.

Kesemua tertuduh telah mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman lima tahun penjara bagi kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dua tahun penjara bagi kesalahan di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan.

Hukuman akan dijalankan di Penjara Pusat Sri Aman.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mathew Manggie berkata, pihak polis memberi amaran tidak akan berkompromi terhadap perlakuan jenayah curi kabel yang boleh menggugat keselamatan awam terhadap harta benda dan lain-lain perlakuan jenayah yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Pihak polis mengalu-alukan kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan. sebarang maklumat jenayah dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Sri Aman di talian 083-322035.- TVS

Tags: curi, ditahan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan