Search
Close this search box.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dengan kerjasama Sesco memotong elektrik di dua buah premis perniagaan yang dijadikan sebagai Pusat Pengoperasian Judi Online di Jalan Padungan dan Jalan Stampin, Kuching, semalam. Foto IPD Kuching

Dua premis jadi Pusat Pengoperasian Judi Online dipotong bekalan elektrik

KUCHING, 11 Jun: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dengan kerjasama Sesco memotong elektrik di dua buah premis perniagaan yang dijadikan sebagai Pusat Pengoperasian Judi Online di Jalan Padungan dan Jalan Stampin di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, secara keseluruhan sejak Januari 2024 sehingga kini, sebanyak 23 buah rumah kediaman dan premis perniagaan telah dibuat pemotongan elektrik.

“Pemotongan elektrik ini dilakukan mengikut kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta289).

“Berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 21 Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289) mana-mana premis yang telah diputuskan bekalan elektrik tidak boleh disambung semula tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Polis Daerah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tujuan pelaksanaan undang-undang ini adalah bagi mengekang pertambahan kegiatan perjudian khususnya di Daerah Kuching.

“Kita mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan aktiviti perjudian di Daerah Kuching dengan menyalurkan maklumat di balai polis yang berhampiran,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan