Search
Close this search box.
DBP Cawangan Sarawak menerusi satu hantaran di Facebook rasminya mendedahkan lima pertandingan itu adalah Pertandingan Deklamasi Sajak, Pertandingan Pidato, Pertandingan Bercerita dan Pertandingan Koir. foto: FB DBP Cawangan Sarawak

DBP: Festival Bahasa dan Sastera 2024 pupuk sepunya bahasa, sastera kebangsaan

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 11 Jun: Festival Bahasa dan Sastera 2024 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kali ini diwarnai dengan empat pertandingan menarik.

DBP Cawangan Sarawak menerusi satu hantaran di Facebook rasminya mendedahkan lima pertandingan itu adalah Pertandingan Deklamasi Sajak, Pertandingan Pidato, Pertandingan Bercerita dan Pertandingan Koir.

Menurut hantaran berkenaan, inisiatif DBP melalui Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum (BKPK) itu bertujuan untuk memupuk perasaan sepunya dan rasa bangga akan bahasa dan sastera kebangsaan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Sehubungan itu, DBP mempelawa orang ramai terutama penggiat sastera untuk turut serta bagi memeriahkan festival tersebut.

Tarikh tutup penyertaan setiap pertandingan adalah pada 21 Julai 2024 (Ahad).

Untuk maklumat lanjut dan syarat penyertaan, sila dapatkan melalui pautan https://linktr.ee/bkpk. 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan