Search
Close this search box.
Gelombang haba melanda Iraq dengan beberapa wilayah mencatatkan suhu 50 darjah Celsius pada hari Selasa, menurut kenyataan daripada Pertubuhan Meteorologi dan Seismologi Iraq. Foto hiasan Envato

Cuaca panas dijangka cecah 50 darjah celsius pada operasi masyair

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 9 Jun: Jemaah haji Malaysia diingatkan untuk menghadkan masa berada di kawasan panas dan cuba untuk beribadat di dalam bilik atau surau yang dikhususkan di bangunan penginapan jemaah.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahaman berkata, ini bagi mengelakkan jemaah daripada terdedah kepada cuaca panas sehingga dikhuatiri menjejaskan kesihatan menjelang pergerakan ke padang arafah

“Cuaca sepanjang operasi masyair adalah dilaporkan sangat panas dan boleh mencecah hingga ke 50 darjah celsius.

“Jemaah haji dinasihatkan untuk minum air yang mencukupi agar kekal sihat dan untuk mengelakkan berlaku strok haba (heat stroke),” katanya pada sidang media mingguan di Ibu Pejabat Tabung Haji di sini, baru -baru ini.

Syed Saleh juga menasihatkan kepada para jemaah haji untuk menjaga kesihatan diri dan bersedia sepenuhnya untuk mengharungi cabaran melaksanakan haji bermula wukuf di Arafah, mabit di Muzdalifah, melontar di Mina dan kembali ke baitullahilharam untuk tawaf dan sa’ie.

Katanya lagi, selain kekuatan mental dan fizikal, jemaah juga dinasihat sentiasa berdoa agar segala urusan dipermudahkan.

“Selain itu, teruskan pengisian dari segi rohani dan pengisian jiwa supaya lebih bersedia menempuh hari wukuf nanti dan apa yang perlu dilakukan.

“Yang terakhir sekali, marilah kita sama-sama berdoa agar operasi masyair berjalan lancar, agar dipermudahkan segala urusan dan diberikan haji yang mabrur,” ujarnya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan