Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan pemeteraian MoU antara Brooke Holdings dan SLB di Kuching, semalam.

Brooke Holding, SLB jalin kerjasama membangunkan hab CCS di Sarawak

ByDayu Adruce

KUCHING, 11 Jun: Brooke Holdings Sdn Bhd (BHSB) dan SLB (sebelum ini dikenali sebagai Schlumberger) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk kerjasama teknikal dan teknologi dalam pembangunan hab penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) di Sarawak.

Pemeteraian itu disaksikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Perasmian Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik 2024 (APGH 2024) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.

BHSB dalam satu kenyataan berkata, kerjasama ini merangkumi keseluruhan kitaran pembangunan CCS, termasuk penilaian permukaan dan bawah permukaan, penilaian kapasiti penyimpanan dan jaminan keselamatan.

“Penilaian ekonomi yang menyeluruh akan memastikan daya maju projek dan teknologi termaju akan dikenal pasti dan dilaksanakan untuk CCS yang berkesan, dengan penilaian risiko menyeluruh untuk mengurangkan isu yang berpotensi,” katanya.

Selain itu, kerjasama ini juga akan memanfaatkan inovasi termaju dalam mewujudkan tapak storan CCS yang selamat, disokong oleh mekanisme pemantauan berterusan untuk menegakkan pematuhan peraturan dan integriti alam sekitar.

Justeru, kerjasama ini merupakan satu langkah penting bagi meletakkan Sarawak sebagai pendahulu dalam industri penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan