Search
Close this search box.
Kehadiran Yusuf Abd Wahab dan tetamu jemputan lain memeriahkan Pengerami Gawai di Stalun dan Sebayang dekat Tanjung Manis, hari ini. Foto Pusat Khidmat P.206 Tanjong Manis

Yusuf azam perkasakan pembangunan demi kesejahteraan penduduk Tanjong Manis

TANJUNG MANIS, 10 Jun: Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab berazam membawa lebih banyak projek melalui peruntukan yang disediakan kerajaan demi manfaat penduduk di kawasan itu.

Beliau berkata, peruntukan yang disediakan bukan hanya dari Kerajaan Persekutuan seperti projek Projek Mesra Rakyat (PMR) dan Projek Kecil Luar Bandar (MRP), tetapi juga Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin (PPRMS) dari Kerajaan Sarawak.

“Bagaimanapun, projek ini diagihkan secara adil dan sama rata kerana kawasan yang lain dalam Parlimen Tanjong Manis juga perlu dibangunkan.

“Sehubungan itu, saya berpesan kepadaa penduduk rumah panjang sentiasa bersabar untuk menunggu projek tersebut di kawasan mereka,” katanya dalam siri kunjungan mesra Lawatan Pengerami Gawai di Sebayang dan Stalun dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga berharap semua penduduk rumah panjang menggunakan saluran yang betul untuk menyalurkan sebarang permohonan atau cadangan, iaitu melalui tuai rumah atau penghulu yang telah dilantik untuk mewakili mereka.

Melalui pendekatan itu katanya, setiap permohonan dan cadangan akan dapat diterima wakil rakyat dan dipertimbangkan untuk diluluskan, sekiranya benar-benar layak dan perlu dilaksanakan.

“Sehingga kini, pelbagai projek telah dilaksanakan di kawasan rumah panjang dari kedua-dua wakil rakyat yang memberi kemudahan kepada semua.

“Sehubungan itu, perpaduan dan kesejahteraan perlu dikekalkan bagi memudahkan kami (wakil rakyat) merancang pembangunan yang akan memberi kemudahan kepada masyarakat sekali gus meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka,” katanya.

Program dimeriahkan dengan kehadiran lebih 800 penduduk di Stalun dan Sebayang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan