Search
Close this search box.
Yayasan Pembangunan Buku Negara melakukan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Sri Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak. Foto Akma Salleh (TVS)

Yayasan Pembangunan Buku Negara anjur persidangan BACA 2024 di Sarawak

ByAkma Salleh

KUCHING, 10 Jun: Yayasan Pembangunan Buku Negara akan menganjurkan Borneo Art and Culture Conference Award (BACA) 2024 dan Anugerah Buku Negara di Sarawak.

Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara, Tan Sri Prof. Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata, persidangan tersebut akan diadakan pada 12 September ini.

“Kunjungan hari ini adalah untuk menjemput Pehin Sri menjadi tetamu kehormat pada majlis anugerah tersebut, kerana beliau merupakan negarawan yang penuh dengan ilmu dan banyak menerbitkan buku. Itu kita kagum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Sri Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Abdul Latiff berkata, beliau juga akan bekerjasama dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerbitkan buku mengenai Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi.

“Dalam perbincangan tadi saya dapati karyanya banyak. Tapi analisis yang dibuat oleh ilmuan terutama untuk tujuan doktor falsafah tiada. Jadi kebetulan saya merupakan seorang profesor di universiti, jadi saya akan adakan perbincangan dengan UNIMAS untuk membuat kajian tokoh ini bukan sahaja diperingkat Sarawak tapi antarabangsa.

“Karya beliau ini bukan imaginasi tapi realiti. Seperti yang kita tahun beliau adalah seorang pakar undang-undang, ahli politik, kalau diceritakan di dalam sebuah buku ia menarik serta boleh menjadi satu contoh teladan kepada generasi muda di Malaysia. Inilah permata mutiara dari Sarawak yang patut kita garap dan popularkan dalam sebuah buku,” katanya lagi.

Sementara itu, Presiden Yayasan Pembangunan Buku Negara, Dr Hasan Hamzah berkata, turut disampaikan pada Anugerah Buku Negara 2024 adalah Borneo Literature Award, Borneo Writers Award, dan Borneo Book Award.

“Untuk tahun depan pula, Malaysia akan menjadi tuan rumah Persidangan ASEAN, anugerah ini nanti kita akan jadikannya sebagai anugerah tunggal, bukan lagi sub kategori,” jelasnya. -TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan