Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyarankan agar Kerajaan Persekutuan meneroka penggunaan bahan bakar alternatif bagi menggantikan diesel pada kenderaan. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Teroka bahan bakar alternatif dan mampan ganti diesel

KUCHING, 10 Jun: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyarankan Kerajaan Persekutuan mencari sumber tenaga alternatif yang murah dan mampan bagi mengganti penggunaan diesel pada kenderaan.

Menurutnya, usaha jangka panjang itu akan turut menghapuskan subsidi diesel yang perlu ditanggung oleh negara.

“Cari alternatif diesel, jadi tiada (keperluan) subsidi. Sekarang kita (di Sarawak) meneroka hidrogen. Kalau kita dapat turunkan kos hidrogen, kenapa masih guna diesel,” katanya.

Beliau menjawab soalan pemberita pada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik 2024 (APGH 2024) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan penetapan harga diesel tidak bersubsidi di semua stesen minyak di Semenanjung Malaysia kepada RM3.35, bermula dari pukul 12.01 pagi Isnin.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Abang Johari berkata jika Kerajaan Persekutuan tidak melupuskan penggunaan diesel, maka jumlah subsidi ditanggung kerajaan akan kian bertambah sekiranya harga minyak meningkat.

“Kalau kita masih guna diesel dan harga naik, maka (rakyat) akan minta subsidi. Kenapa tidak boleh pakai sumber alternatif yang murah? Itu saja penyelesaiannya,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan