Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah bersama Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah melakukan simbolik perasmian Kursus Asas Sukarelawan. Foto TVS

Sukarelawan terlatih diperlukan untuk Para SUKMA 2024

ByTVS

MIRI, 10 Jun: Sukarelawan terlatih diperlukan untuk membantu atlet paralimpik menjelang temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan diadakan selepas SUKMA 2024 pada 20 sehingga 28 September.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak Dan Kesejahteraan Komuniti (KPWKK), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, satu kumpulan sukarelawan akan dipilih khas untuk membantu dan mengendali golongan para atlet atau atlet Orang Kurang Upaya (OKU).

“Kita sangat memerlukan sukarelawan yang terlatih. Mereka harus membantu misalnya dari aspek dalam pendaftaran atlet terutama yang mempunyai masalah penglihatan dan fizikal. Pendaftaran mungkin senang untuk atlet biasa, tapi untuk atlet yang kurang upaya, mereka perlu bantuan dari sukarelawan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Kursus Asas Sukarelawan Am SUKMA XXI di Universiti Curtin semalam.

Satu kursus khas akan dikelolakan untuk sukarelawan yang bakal bertugas di Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 memandangkan golongan atlet OKU ada perkara lain yang memerlukan bantuan sukarelawan untuk sebelum, semasa dan selepas sesuatu acara sukan.

Antara peranan mereka dalam membantu atlet OKU seperti menjaga barangan peribadi mereka, membantu mereka dengan kerusi roda, menjaga makan minum dan lain-lain.

Atlet OKU di Sukan Para SUKMA terdiri daripada tiga kategori iaitu bermasalah penglihatan untuk 3 kategori, bermasalah intelek untuk 1 kategori dan bermasalah fizikal untuk 27 kategori. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan