Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan pertukaran dokumen usaha sama SEDC Energy dan Gentari Hydrogen antara Robert Hardin dan Sushil Purohit di Kuching, hari ini.

SEDCE, Gentari formalkan usaha sama bangunkan hab hidrogen Sarawak

KUCHING, 10 Jun: Anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), SEDC Energy Sdn Bhd (SEDCE), dan Gentari Hydrogen Sdn Bhd hari ini bertukar dokumen untuk memformalkan usaha sama membangunkan Hab H2 Sarawak, sebuah hab pengeluaran hidrogen (H2) skala global di Bintulu.

Majlis pertukaran dokumen itu dilakukan pada Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik 2024 yang diadakan di sini dengan disaksikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dalam kenyataan bersama bagi majlis itu, SEDCE dan Gentari menjelaskan Hab H2 Sarawak akan menjadi kemudahan untuk menyeragamkan dan mengoptimumkan semua projek pengeluaran H2 di kawasan Bintulu, selain beroperasi sebagai pembekal tunggal H2 hijau untuk kemudahan hiliran di rantau ini.

Project H2ornbill, dengan kerjasama firma Jepun ENEOS dan Sumitomo Corp serta Project H2biscus, perkongsian dengan firma Korea Selatan iaitu Samsung Engineering, Lotte Chemical dan KNOC pula untuk mewujudkan kemudahan derivatif hidrogen, akan menjadi sebahagian daripada Hab H2 Sarawak.

“Hab itu menerima pakai konsep ‘plug and play’ yang unik, menggunakan pendekatan modular untuk menyepadukan unit pengeluaran H2 ke dalam hab dengan utiliti lazim dan perkhidmatan sampingan dibangunkan lebih awal,” tambahnya.

Perkongsian itu menandakan pencapaian penting dalam merealisasikan aspirasi Sarawak untuk memperluas penggunaan tenaga bersih, menyokong matlamat untuk menjadi pengeluar H2 komersial pada 2027 dan peserta utama dalam ekonomi H2.

Semua usaha itu sejajar sengan mandat SEDCE untuk memacu ekosistem tenaga baharu di Sarawak dan wawasan Gentari untuk menjadi rakan kongsi penyelesaian tenaga bersih paling bernilai Asia Pasifik pada 2030.

Ketua Pegawai Eksekutif SEDCE Robert Hardin berkata usaha sama itu dibentuk sebagai perkongsian baik yang akan memacu Sarawak menjadi hab pengeluaran H2 untuk rantau ini, manakala konsep ‘plug and play’ akan membawa lebih ramai pelabur atau rakan kongsi ke Sarawak.

“Mulai kini, usaha itu akan menjadi tugas yang sukar untuk kita semua namun, saya yakin cabaran itu akan menjadikan kita lebih berdaya tahan dam bersedia menghadapi cabaran yang lebih besar. Susulan itu, harapan saya adalah memacu ekonomi tenaga baharu untuk Sarawak dan Malaysia ke peringkat seterusnya,” katanya.

Ketua Pegawai Hidrogen Gentari Michèle Azalbert berkata usaha sama itu bertujuan mewujudkan Sarawak sebagai peserta utama dalam sektor H2 hijau, mewujudkan nilai ekonomi yang besar untuk negeri itu dengan memacu kemasukan industri dan pelaburan baharu.

Beliau berkata sektor itu juga akan mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi baharu dan merangsang inovasi teknologi melalui penyediaan bahan mentah hijau untuk kemudahan hiliran seperti pengeluaran kimia.

“Gentari berbangga untuk menjadi rakan kongsi strategik kepada SEDC Energy dalam memajukan peralihan kepada masa depan rendah karbon, sejajar dengan cita-cita tenaga bersih Sarawak dan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen Malaysia,” katanya.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Gentari Hydrogen Sushil Purohit.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan