Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Majlis Perasmian Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik 2024 (APGH 2024) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini. Foto TVS

Sarawak peroleh geran kajian dari Korea Selatan, bangunkan Pelan Hala Tuju Hidrogen Sarawak

ByRadzi Ahmad

KUCHING, 10 Jun: Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar telah memperoleh geran kajian daripada Kementerian Ekonomi dan Kewangan Korea Selatan bagi membangunkan Pelan Hala Tuju Hidrogen Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, geran itu membolehkan Sarawak memulakan kajian perintis untuk membangunkan pelan komprehensif bagi memanfaatkan potensi besar tenaga hidrogen di negeri ini.

“Sebab itu pentingnya kerjasama strategik antara Sarawak dan Korea Selatan, ia akan memajukan kepimpinan Sarawak dalam ekonomi hidrogen melalui penerokaan strategi inovatif pengeluaran dan penggunaan hidrogen,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya di Majlis Perasmian Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik 2024 (APGH 2024) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, kataya, kerjasama itu dijangka memberi manfaat yang besar, termasuk pertumbuhan ekonomi, penciptaan pekerjaan serta pemeliharaan alam sekitar, selaras dengan matlamat kelestarian global.

“Kajian itu akan menumpukan kepada beberapa bidang utama termasuk kemajuan teknologi terkini dalam pengeluaran hidrogen, pembangunan infrastruktur, dan penubuhan rangka kerja pengawalseliaan bagi menyokong industri hidrogen,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata, pengumuman itu mencerminkan komitmen Sarawak untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan rakan kongsi global bagi memacu inisiatif peralihan tenaga dan mencapai matlamat iklim.

“Kerjasama ini juga memudahkan pemindahan teknologi dan pertukaran maklumat, membolehkan Sarawak untuk memanfaatkan pemain-pemain yang telah mapan dalam bidang ini dan memajukan kapasiti dan inovasi tempatan dalam membangunkan ekonomi hidrogen,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan