Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri semasa Program Wanita Dinamik @KPWKM di Dewan Suarah Sri Aman, hari ini. Foto Ahmad Azlan Shah (TVS)

RM11.5 juta untuk pelaksanaan Program Wanita Dinamik@KPWKM

ByAhmad Azlan Shah

SRI AMAN, 10 Jun: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperuntukkan RM11.5 juta bagi pelaksanaan Program Wanita Dinamik@KPWKM yang merangkumi Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata ini merupakan elemen baharu pada tahun 2024 yang ditambah ke dalam Program Wanita Dinamik @KPWKM dengan menyasarkan 57,000 wanita.

“Ini juga adalah usaha penting KPWKM untuk memperkasakan wanita secara holistik.

“Di Malaysia, kanser payudara merupakan kanser utama yang menyerang kaum wanita dan juga penyebab kematian dalam kalangan wanita. Manakala, kanser serviks merupakan kanser ketiga tertinggi yang berlaku dalam kalangan wanita Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Wanita Dinamik @KPWKM di Dewan Suarah Sri Aman di sini, hari ini.

KPWKM juga mempromosikan Program Subsidi Ujian Mamogram dan Program Saringan Kanser Serviks (Ujian HPV DNA) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Tambahnya, program ini juga memberi pendekatan secara bimbingan dan kaunseling oleh Kaunselor Berdaftar Yayasan Kebajikan Negara.

“Yayasan Kebajikan Negara bersama rakan strategik, PERKESO banyak memberi pendedahan untuk membimbing dan berkongsi kepada para peserta mengenai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dan Skim Keselamatan Pekerjaan Sendiri (SKPS).

“Sokongan sebegini dapat menyuntik semangat memulakan kehidupan baru kepada wanita-wanita ini,” katanya.

Skim perkhidmatan ini memberi perlindungan daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga di samping menjana pendapatan keluarga dengan caruman yang dibuat dan ianya bertepatan dengan objektif program Wanita Dinamik@KPWKM.

Program Wanita Dinamik @KPWKM merupakan penambahbaikan kepada program Wanita Bangkit yang telah membantu seramai 18,644 wanita di seluruh negara sejak 2022.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan