Search
Close this search box.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.6 bilion (US$1=RM4.72) pada 31 Mei 2024. Foto fail Faitullah Morni (TVS)

Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$113.6 bilion pada 31 Mei

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.6 bilion (US$1=RM4.72) pada 31 Mei 2024.

Bank pusat berkata komponen utama rizab antarabangsa meliputi rizab mata wang asing (US$101.5 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.8 bilion), dan aset rizab lain (US$2.3 bilion).

“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” kata BNM dalam kenyataan hari ini.

Jumlah aset sebanyak RM632.42 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM538.09 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.99 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM19.58 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM24.80 bilion), tanah dan bangunan (RM4.13 bilion), dan aset lain (RM52.38 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM195.06 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.61 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM146.51 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM7.64 bilion) dan deposit lain (RM63.64 bilion), kertas Bank Negara (RM20.16 bilion), peruntukan SDR (RM30.21 bilion), dan liabiliti lain (RM3.49 bilion). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan