Search
Close this search box.
Paku Rock Maze Garden berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan di Bau. Foto Adlina Rahman (TVS)

Paku Rock Maze Garden menyimpan fosil jutaan tahun

ByAdlina Rahman

KUCHING, 10 Jun: Paku Rock Maze Garden, Bau, tempat fosil jutaan tahun mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai pusat tumpuan pelancong.

Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKK) Paku, Dr Ng Siaw Hai berkata meskipun terkenal dengan keindahan pembentukan batu semula jadinya, ia turut mempunyai pelbagai jenis fosil yang dipercayai wujud lebih sejuta tahun.

Setiausaha JKKK Paku, Dr Ng Siaw Hai. Foto Adlina Rahman (TVS)

“Sebelum ini, kawasan ini merupakan bawah laut. Pengunjung boleh melihat batu karang serta fosil dari pelbagai spesies dari beberapa juta tahun yang lalu yang dijumpai oleh pihak geopark.

“Ia berpotensi menjadi destinasi utama bagi pengunjung,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Paku Rock Maze Garden berpotensi dijadikan satu lokasi tarikan pelancong. Foto Adlina Rahman (TVS)

Dalam pada itu Siaw Hai memberitahu bahawa pihaknya kini turut melihat kepada potensinya untuk dijadikan sebagai taman rekreasi.

“Kini ia hanya merupakan sebuah ‘walking trail’. Tetapi pihak kami mahu menjadikannya sebagai taman rekreasi.

“Bagaimanapun kami masih kurang dari segi dana dan sudah memohon kepada pihak kerajaan tempatan (untuk mendapatkan dana bantuan),” jelasnya.

Paku Rock Maze Garden merupakan satu projek komuniti yang dibuat dalam usaha meningkatkan ekonomi tempatan.

Ia adalah salah satu lokasi dalam Sarawak Delta Geopark (SDGp) dan menerima kira-kira 16,000 pengunjung setahun sejak mula dibuka pada 2022 dan kira-kira 2,000 pengunjung setiap hari setakat ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan