Search
Close this search box.
Seorang lagi guru yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran dan sebuah treler di Jalanan Kuantan-Segamat di sini awal pagi tadi meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa maut seramai empat orang setakat ini. Foto Envato

Nahas Bas Rompin: Seorang lagi guru maut

ByBernama

ROMPIN, 10 Jun: Seorang lagi guru yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran dan sebuah treler di Jalanan Kuantan-Segamat di sini awal pagi semalam meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa maut seramai empat orang setakat ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Nor Azman Yusof ketika dihubungi malam tadi dan memaklumkan mangsa keempat meninggal dunia dikenali sebagai Dahlia Ahmad berusia 52 tahun.

“Mangsa meninggal dunia pada 9.30 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan,” katanya.

Menurutnya, 10 mangsa kini masih menerima rawatan manakala 25 dibenarkan keluar selepas menerima rawatan pesakit luar.

Sementara itu, anak Dhalia, Huda Hamizah, 23, berkata, beliau tidak menyangka pelukan dan ucapan ” Saya cintakan awak” kepada bapanya merupakan yang terakhir sebelum berlepas mengikuti rombongan tersebut.

“Sudah menjadi kelaziman untuk ibu bersalam dan peluk ayah sebelum keluar rumah namun ucapan “saya cintakan awak” adalah jarang sekali diungkapkan ibu.

“Kali terakhir kami jumpa pagi Sabtu sebelum bertolak ke politeknik di Kedah .Ibu tidak dapat ikut kerana ada Kem Bestari Solat di sekolah sebelum malamnya bergerak mengikuti rombongan tersebut.

“Agak terkilan juga sebab tidak dapat peluk Umi (ibu) pada hari terakhir,” kata anak sulung daripada lima beradik ini ketika ditemui di Unit Forensik HTAA.

Huda Hamizah berkata, jenazah ibunya akan dikebumikan di Kampung Sungai Tuang, Masjid Tanah, Melaka pagi ini.

Guru berkenaan merupakan mangsa keempat selepas Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah Melaka, Hasnatul Adilah Hassan, 48, pemandu kedua bas Hadi Asyraf Mad Idris,29, dan pembantu operasi sekolah Hamzah Ahmad, 60.

Dalam nahas jalan raya itu, bas yang membawa 39 penumpang temasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa rombongan guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan