Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner (ACP) Razlam Ab Hamid menunjukkan rampasan dadah bernilai RM400,428 sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang hari ini. Foto TVS

Jurujual edar dadah secara solo dicekup bersama dadah RM400,428

GEORGE TOWN, 10 Jun: Seorang jurujual aksesori telefon yang melakukan kegiatan mengedar dadah secara bergerak solo dicekup polis pada operasi di Ayer Itam di sini, kelmarin.

Suspek lelaki berusia 24 tahun itu ditahan bersama dadah jenis methylene dioxy-methamphetamine (MDMA) dan ketamin bernilai RM400,428 pada Ops Tapis bermula kira-kira pukul 7 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Timur Laut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner (ACP) Razlam Ab Hamid berkata, serbuan bermula apabila suspek dicekup di tepi jalan bersama dadah ketamin seberat 1.22 gram bernilai RM40.

Katanya, tangkapan itu membawa kepada serbuan kedua 45 minit kemudian di rumah sewa suspek di kawasan itu yang dipercayai menjadi tempat dia memproses dan membungkus dadah.

“Hasil pemeriksaan, polis merampas 121 paket plastik merah jambu yang di dalamnya berisi 2,383 gram dadah jenis MDMA bernilai RM397,960.

“Turut dirampas 10.94 g dadah jenis ketamin bernilai RM2,188 dan dua biji pil Erimin 5 bernilai RM40,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini, hari ini.

Ujar beliau, siasatan mendapati, suspek aktif melakukan kegiatan itu secara bersendirian sejak April lepas dengan pasaran di sekitar negeri ini khususnya di pusat hiburan.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methampehtamine, ketamin dan benzo.

“Polis turut menyita sebuah kereta jenis Honda City daripada suspek yang mempunyai satu rekod lampau,” katanya.

Katanya, suspek direman selama tujuh hari bermula 8 sehingga 14 Jun depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan