Search
Close this search box.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang (dua kanan) dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Datuk Dr Hazland Hipni (dua kiri) semasa Forum Kementerian sempena APGH 2024 di Kuching, hari ini. Foto Radzi Ahmad (TVS)

Industri hidrogen Sarawak manfaat untuk negara

ByRadzi Ahmad

KUCHING, 10 Jun: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang menzahirkan rasa gembira dan sokongannya terhadap ekosistem hidrogen Sarawak yang kukuh.

Sambil menekankan manfaat nasional dan kemajuan teknologi yang diperoleh daripada inisiatif hidrogen Sarawak, beliau berkata kementeriannya berhadapan cabaran untuk mengejar Sarawak dalam industri hidrogen.

“Tiga bulan selepas saya dilantik, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanya kepada saya, kenapa kita sangat lambat?

“Sejujurnya, kami tidak menyesal Sarawak mempunyai ekosistem hidrogen yang kukuh kerana ini akan membantu keuntungan negara dan juga perkembangan teknologi negara,” katanya.

Lih Kang berkata demikian pada forum kementerian di Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik 2024 (APGH 2024) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Beliau turut menekankan kepentingan memperluaskan projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) di luar Semenanjung agar merangkumi dua negeri di Borneo yakni memastikan pendekatan menyeluruh terhadap kemajuan teknologi.

Menyentuh mengenai penubuhan stesen pengisian bahan bakar hidrogen pertama di Semenanjung pada akhir tahun ini, beliau mengakui ia adalah sedikit lewat berbanding Sarawak.

“Sudah tentu ia sedikit lewat berbanding Sarawak tetapi kita perlu bermula di suatu tempat. Ia semua mengenai memanaskan kaki kita. Kita semua memerlukan pengalaman,” tambahnya.

Menyuarakan keyakinan terhadap potensi hidrogen, beliau membandingkan trajektorinya dengan teknologi solar, terutamanya dengan fasiliti dasar yang sesuai seperti subsidi bahan bakar.

“Jika anda melihat bagaimana teknologi solar berkembang, saya yakin teknologi hidrogen akan berjalan dengan cara yang sama,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan