Search
Close this search box.
Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman. Foto Zen Hashim (TVS)

Arab Saudi beri keutamaan kepada Malaysia pilih waktu melontar

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 10 Jun: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah memberi keutamaan kepada Malaysia untuk memilih waktu melontar jamrah di Mina pada operasi Masyair nanti.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, Lembaga Tabung Haji telah memilih waktu malam sebagai waktu untuk jemaah haji Malaysia melontar bagi mengelakkan kesesakan di jamrat apabila ramai jemaah luar negara berpusu-pusu ke jamrat pada waktu Dhuha.

“Kami telah memilih untuk jemaah Malaysia pergi melontar pada waktu malam bermula jam 8 malam sehinggalah 12 tengah malam kerana masa itu cuaca agak dingin berbanding keadaan terdedah kepada cuaca panas pada waktu siang hari.

“Kita perlu memahami bahawa khemah-khemah jemaah haji di Mina, Muasim mereka perlu berjalan kaki daripada perkhemahan mereka melalui dua terowong untuk sampai ke tempat melontar dan kemudiannya balik semula ke tapak perkhemahan mereka dengan jarak sejauh 7.5 kilometer,” katanya pada sidang media mingguan di Ibu Pejabat TH di sini.

Katanya lagi, petugas-petugas haji akan ditempatkan di setiap pos-pos menunggu sepanjang perjalanan daripada khemah ke tempat melontar.

Dalam pada itu katanya, pihak Mashariq juga menyediakan bunjut batu yang akan diserahkan kepada jemaah haji untuk melontar sebelum bergerak ke Arafah.

“Oleh yang demikian para jemaah haji tidak perlu lagi mengutip batu di Muzdalifah,” ujarnya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan