Search
Close this search box.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melakukan pemeriksaan ke atas 198 warga asing sebelum menahan 20 daripada mereka pada pemeriksaan di sebuah terminal bas di sini semalam. Foto JIM Pulau Pinang

20 PATI ditahan di stesen bas

BUKIT MERTAJAM, 10 Jun: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memberkas 20 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) selepas melakukan serbuan di sebuah terminal bas di sini, semalam.

JIM Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, pada operasi kira-kira pukul 2.30 petang itu, pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas 198 warga asing termasuk yang berada di dalam bas.

“Bagaimanapun, seramai 20 PATI didapati melakukan kesalahan antaranya tiada dokumen perjalanan dan pas yang sah serta tinggal lebih masa di negara ini.

“Mereka yang ditahan berusia antara enam hingga 45 tahun iaitu warga Nepal, Indonesia, Bangladesh dan Myanmar,” kata kenyataan itu hari ini.

Kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Juru di sini bagi siasatan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan