Search
Close this search box.
Bas yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu dilaporkan terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan merempuh sebuah treler, semalam. Foto Bomba Pahang

12 mangsa nahas bas masih dirawat di hospital

ByBernama

KUANTAN, 10 Jun: Dua belas mangsa kemalangan bas persiaran di Jalan Kuantan-Segamat, Rompin semalam masih menerima rawatan di hospital di sini, Rompin, Segamat dan Melaka.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Nor Azman Yusof berkata mangsa terdiri daripada lapan guru, dua kerani, seorang suri rumah dan seorang pelajar.

“Lima mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Hospital Muadzam Shah, Rompin (satu), Hospital Segamat, Johor (dua), Hospital Melaka (satu) dan pusat perubatan swasta (tiga),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam nahas jalan raya awal pagi semalam, empat maut manakala 35 cedera selepas bas yang dalam perjalanan membawa rombongan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras terbabit dalam kemalangan.

Mangsa yang maut ialah Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Hasnatul Adilah Hassan, 48, pemandu kedua bas Hadi Asyraf Mad Idris, 29, pembantu operasi sekolah Hamzah Ahmad, 60 dan guru, Dahlia Ahmad, 52.

Bas yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu dilaporkan terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan merempuh sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan