Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu ketika ditemui pemberita pada Jelajah Larian Baton Peringkat Betong hari ini. Fiqri Razak (TVS)

SUKMA XXI: Venue acara angkat berat 70 peratus siap dinaik taraf – Gerald Rentap

ByHafeezzur Muzamir

BETONG, 9 Jun: Venue acara angkat berat Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang dilangsungkan di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini, telah 70 peratus siap diselenggara dan dinaik taraf.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, fasiliti itu dijadualkan siap sepenuhnya dan boleh diguna pada penghujung Julai ini.

“Sekarang ini dalam proses pengubahsuaian, kita akan tambah pentas dan pencahayaan di dewan itu sedang ditambah baik.

“Pihak saya yakin kerja-kerja naik taraf ini dapat disiapkan sebelum hujung Julai,” katanya ketika ditemui pemberita pada Jelajah Larian Baton Peringkat Betong di sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, venue sukan angkat berat yang sepatutnya diadakan di Dewan Panglima Rentap di sini terpaksa dipindahkan ke Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan berikutan kos penyelenggaraan dan naik taraf dewan itu yang sangat tinggi.

Dalam pada itu, mengulas mengenai tempat penginapan para atlet di Betong, Gerald berkata, pihaknya sudah menguruskannya dengan kesemua 300 atlet dan pegawai yang akan berkampung di bahagian itu pada Ogos depan akan ditempatkan di lokasi berhampiran dengan venue pertandingan.

“Atlet kita (Sarawak) akan menginap di Hotel Medan dan atlet negeri lain di hotel berhampiran. Di sini juga ada inap desa di rumah panjang dan mereka juga boleh ditempatkan di Saratok dan Sri Aman yang jaraknya berhampiran dengan Betong,” ujarnya.

Sementara itu, Gerald berkata, pihaknya akan memaklumkan dari semasa ke semasa akan kekosongan tempat penginapan di Betong buat pengunjung luar yang berhasrat untuk bermalam di kawasan itu pada SUKMA nanti.

“Kita akan sediakan senarai tempat penginapan termasuk inap desa untuk memudahkan pengunjung luar datang,” katanya.

Temasya SUKMA kali ke-21 akan diadakan dari 17 sehingga 24 Ogos di sembilan bahagian di Sarawak termasuk Betong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan