Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak bincang potensi perlombongan bersama Kementerian Tenaga, Perlombongan dan Inovasi Rendah Karbon British Columbia pada semalam. Foto Timbalan Premier Sarawak

Sarawak bincang potensi perlombongan mampan bersama Kementerian Tenaga British Columbia

ByMuqri Aziz

KUCHING, 9 Jun: Kerajaan Sarawak pada semalam telah mengadakan kunjungan hormat ke atas pejabat Kementerian Tenaga, Perlombongan dan Inovasi Rendah Karbon British Columbia, Kanada bagi mengenal pasti potensi kerjasama dalam perlombongan mampan, khususnya dasar dan peraturan untuk memulihkan kawasan kuari dan perlombongan yang terbiar.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Kanada terkenal sebagai negara perlombongan terkemuka di rantau itu dalam pembangunan rantaian nilainya dan industri lain yang berkaitan.

“Sektor perlombongan di British Columbia adalah salah satu aktiviti ekonomi utama wilayah itu, didorong oleh sektor swasta. Sektor itu telah menyumbang kira-kira 30 peratus daripada pertumbuhan ekonomi tempatan dan menggaji lebih 35,000 tenaga kerja dan perbelanjaan cari gali mineral adalah bernilai 740 juta Dolar Kanada.

“Pembangunan sektor perlombongan di wilayah itu adalah berdasarkan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) yang telah memberi manfaat kepada masyarakat setempat di samping memulihara alam sekitar.

“Kami kagum dengan pendekatan kolaboratif dan perkongsian dalam menangani hak ‘First Nation People’ yang merupakan tonggak sosial prinsip ESG,” katanya menerusi  kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, dengan rangka kerja ESG yang kukuh, British Columbia merupakan peneraju global dalam tindakan iklim.

Kementerian yang dipimpin oleh Josie Osborne itu bertanggungjawab ke atas tenaga elektrik, tenaga alternatif, perlombongan dan sumber petroleum dan memainkan peranan penting untuk menyokong usaha British Columbia untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Turut serta dalam lawatan itu Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan