Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab menyerahkan sijil tamat kursus sesi kedua program lanjutan bagi pemprosesan produk mee kepada peserta. - Pusat Khidmat P206 Tanjong Manis

Potensi produk berkaitan mi jana pendapatan kaum wanita

MUKAH, 9 Jun: Kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan potensi produk berkaitan mi sebagai langkah untuk memajukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Tanjung Manis.

Antaranya melalui penganjuran program lanjutan pemprosesan produk mi yang disertai seramai 17 peserta yang kebanyakan suri rumah.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab berkata, sambutan baik peserta membuktikan program itu mampu membantu peserta menambah ilmu sekali gus menjadikan perusahaan berkenaan sebagai salah satu lagi sumber ekonomi baharu untuk menjana pendapatan.

Malah ujarnya, program anjuran All Party Parliamentary Group Malaysia-Sustainable Development Goals (APPMG-SDG) itu juga menjadi platform penting bagi mereka meneruskan usaha secara berdikari.

“Mereka yang menyertai program lanjutan ini adalah antara yang bertuah. Saya berharap mereka memanfaatkan sepenuhnya ilmu yang dipelajari sepanjang kursus,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Objektif program itu memperkasakan komuniti setempat melalui pembelajaran sepanjang hayat dengan mempelajari kaedah yang betul dalam pemprosesan makanan.

Pada masa sama, program juga menjadi platform penting peserta bertukar pandangan di samping menjadikannya sebagai panduan untuk menambah sumber pendapatan.

“Saya juga berharap penganjuran program seumpama ini diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama, Pemangku Pegawai Daerah Tanjung Manis, Ismail Kasah, Ketua Pejabat Wilayah Sarawak (Secketrariat APPMG-SDG), Rainie Melissa Riman dan Pengerusi Rakan Solusi APPMG-SDG Persekutuan Zon Tanjung Manis, Anni Hashimah Sulaiman. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan