Search
Close this search box.
Anggota BBP Lawas ketika melakukan pencarian remaja yang dilaporkan hilang. Foto BBP Lawas

Penduduk kampung dakwa terdengar jeritan manusia di kawasan remaja autisme hilang di Trusan

LAWAS, 9 Jun: Penduduk kampung yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja autisme yang hilang di Kampung Murud Suang, Trusan, di sini, mendakwa pernah mendengar seolah-olah jeritan manusia di kawasan mangsa dilaporkan hilang.

Perkara itu didedahkan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Azman Ibrahim yang menerima maklumat berkenaan daripada penduduk yang menyertai operasi itu pada semalam.

“Ada penduduk kampung mendakwa pernah terdengar teriakan manusia di kawasan tersebut dan perkara itu dimaklumkan kepada pasukan kita.

“Sebaik menerima maklumat tersebut pasukan SAR melakukan pencarian di lokasi berkenaan, bagaimanapun tiada jejak dan penemuan dijumpai setakat ini,” katanya kepada TVS hari ini.

Katanya, seramai 45 anggota SAR meneruskan operasi mencari hari ini terdiri daripada bomba, polis dan penduduk kampung.

Terdahulu operasi SAR seorang remaja perempuan autisme yang dikhuatiri hilang di Kampung Murud Suang, Trusan Lawas dijalankan semalam.

Operasi mencari mangsa yang hilang Stevelyne Sari Simon,18, dilakukan pasukan bomba selepas menerima panggilan daripada Balai Polis Lawas jam 2.29 petang Sabtu. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan