Search
Close this search box.
Seorang pemuda warganegara Indonesia terpaksa menahan azab selepas tangannya tersepit dalam mesin pengisar daging di kedai Bak Kut Teh, Selangau, hari ini. Foto JBPM

Pemuda tahan azab, tangan tersepit dalam mesin pengisar daging

SELANGAU, 9 Jun: Seorang pemuda warganegara Indonesia terpaksa menahan azab selepas tangannya tersepit dalam mesin pengisar daging di kedai Bak Kut Teh di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 12.28 tengah hari dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian didapati tangan mangsa dikenali Firdaus Andhika Tri Wardana,21, tersepit dalam mesin pengisar daging.

“Setelah membuat saiz up, pasukan bomba melakukan operasi membuka mesin pengisar dan menstabilkan tangan mangsa menggunakan pembalut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak APM Selangau untuk perkhidmatan ambulans dan dibawa ke Klinik Kesihatan Selangau untuk mendapat rawatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan