Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang. Foto Fail TVS

Paulus sambut baik cadangan gabung pakej ekopelancongan di Batu Danau

BySalasiah Safian

LIMBANG, 9 Jun: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Daan, Dato Paulus Palu Gumbang menyambut baik cadangan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah untuk menggabungkan pakej ekopelancongan yang mengetengahkan budaya masyarakat Bisaya dengan pakej pengembaraan ke Head Hunters’ Trail di Taman Negara Gunung Mulu.

Katanya, perbincangan juga telah dilaksanakan di antara Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dan juga Jawatankuasa Pelancongan Bahagian Limbang.

“Mereka perlu adakan pakej. Jadi bukan sahaja untuk ekopelancongan malahan juga kita cadangkan dulu supaya melibatkan bukan sahaja agensi pelancongan malahan juga persatuan nelayan, sebab kalau di jeti itu kita boleh adakan pakej untuk melihat firefly sebenarnya yang di Rangau itu.

“Selain daripada itu masukkan juga lumpur bebuak di Meritam dan daripada situ kita cadangkan agar masukkan di Batu Danau ini untuk kebudayaan dan di hulu buat homestay,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Majlis Penutupan Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2024 di Batu Danau, Limbang pada Ahad.

Terdahulu Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mencadangkan agar pakej ekopelancongan yang mengetengahkan budaya masyarakat Bisaya digabungkan dengan pakej pengembaraan ke Head Hunters’ Trail di Taman Negara Gunung Mulu.

Ini kerana katanya, pakej Head Hunter’s Trail juga mempromosi unsur budaya sebagai sebahagian daripada pengalaman dalam perjalanan berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan