Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri semasa merasmikan Mesyuarat Agung Dwitahunan MITSA ke-16 hari ini. Foto TVS

MITSA aktif anjur program bangun modal insan Sarawak

KUCHING, 9 Jun: Persatuan Alumi UiTM Sarawak (MITSA) menjadi antara persatuan Alumi UiTM yang aktif dalam menganjurkan program pembangunan modal insan berbentuk bimbingan serta motivasi melibatkan sekolah-sekolah menengah di Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, program itu diadakan pada setiap tahun untuk membantu pembangunan golongan muda.

Katanya, inisiatif berkenaan yang dilaksana sejak 2005 membabitkan beberapa kawasan termasuk Kuching, Samarahan, Simunjan, Saratok, Mukah, Bintulu dan Lawas dengan terkini akan dilaksanakan di Miri.

“Semoga program seperti ini akan dapat terus dijalankan pada masa hadapan bagi membantu masyarakat kita melahirkan insan-insan yang holistik serta lebih bersedia untuk mengorak langkah dengan yakin demi masa depan serta menyumbang kepada pembangunan terutama di Sarawak dan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Dwitahunan MITSA ke-16 di sini pada Ahad.

Nancy berkata, selain program berkenaan, MITSA turut aktif dalam aktiviti kemasyarakatan serta sentiasa prihatin terhadap isu semasa membabitkan kebajikan masyarakat.

Katanya, ketika pandemik COVID-19 melanda, persatuan itu menyumbang bakul makanan asas bagi pelajar UiTM Cawangan Sarawak dan kumpulan sasar, sumbangan tablet untuk pelajar dari keluarga B40 serta sumbangan kalkulator untuk pelajar di sekolah menengah di Sarawak.

“MITSA sentiasa menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak termasuklah UiTM Cawangan Sarawak, agensi serta wakil rakyat di Sarawak dan di peringkat kebangsaan dalam pelbagai inisiatif.

“Antaranya penganjuran program latihan dan pendedahan kepada isu Keselamatan Siber dan National Business Economic Seminar. Kerjasama juga ditunjukkan oleh MITSA dalam penganjuran aktiviti riadah seperti Alumni Fun Run bersama pihak UiTM,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan