Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penangguhan Pesta Regatta Sejijak Tahun 2024 di Kuching hari ini. Foto Mohammed Raffiq (TVS)

Malaysia kaji kesesuaian guna SMR – Fadillah

ByBong Yi Sien

KUCHING, 9 Jun: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mengkaji kesesuaian Reaktor Modular Kecil (SMR) untuk digunakan di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri PETRA berkata, ia susulan negara lain yang sudah mengguna pakai reaktor nuklear berkenaan.

“Kita sedang membuat kajian dari segi kesesuaian sama ada akan digunakan atau tidak dan juga kena menganalisis keseluruhan dari aspek teknologi, keselamatan, kesan terhadap alam sekitar dan juga kosnya semua perlu dikaji,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penangguhan Pesta Regatta Sejijak Tahun 2024 di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, pihaknya harus menganalisis keseluruhan dari aspek teknologi keselamatan serta kesan penggunaan kaedah itu terhadap alam sekitar dan juga kos pelaksanaan.

Sementara itu, katanya, pelaksanaan perkhidmatan pembekalan tenaga elektrik pihak ketiga (TPA) bakal dilaksanakan pada September ini selepas perbincangan mekanisme, yuran dan sebagainya di selesaikan.

“Perincian mengenainya akan diumum Julai nanti seterusnya dialog sektor akan diadakan, jualan balik tenaga peralihan itu mestilah tenaga hijau sahaja,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan