Search
Close this search box.
Reaksi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (dua kiri) dan isteri Datin Seri Ruziah Mohd Tahir (dua kanan) membuat kuih chang atau Bak Chang pada program sambutan perayaan Duan Wu atau Dragon Boat Festival anjuran Biro Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini. Foto Bernama

Malaysia amal pendekatan menyeluruh tangani pencemaran sungai – Fadillah

ByBernama

KUCHING, 9 Jun: Malaysia mengamalkan pendekatan menyeluruh dan bukan sekadar merawat dalam menyelesaikan masalah pencemaran sungai, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, langkah pencegahan pencemaran sungai giat dilaksanakan menerusi kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan serta penubuhan jawatankuasa di peringkat daerah bagi memastikan ekosistem aliran sungai terjaga.

“Langkah pencegahan ini hanya dapat dilakukan di peringkat komuniti, jadi di sinilah kita bawa setiap agensi yang terlibat dan kita akan berikan kesedaran semua orang rasa tanggungjawab menjaga sungai…satu tindakan yang kecil (namun), ia akan dapat menyelamatkan daripada sungai kita tercemar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Perayaan Duan Wu (Festival Bot Naga) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pandangan seorang pakar alam sekitar yang dilaporkan sebagai berkata, Malaysia dilihat cenderung untuk mengamalkan pendekatan merawat dan bukannya mencegah justeru mengakibatkan isu pencemaran sungai tidak berkesudahan.

Fadillah berkata, Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai yang ditubuhkan di peringkat negeri baru-baru ini akan turut memperincikan langkah untuk dikuatkuasakan secara bersepadu membabitkan negeri, Persekutuan serta badan bukan kerajaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sistem pembuangan sisa kumbahan secara terus ke sungai terutamanya di kawasan kampung menjadi antara faktor pencemaran sungai.

“Masih banyak perkampungan dan penempatan di tepi sungai, termasuk yang haram, jadi discharge (sisa kumbahan) itu terus ke sungai, jadi itu cara kita dulu-dululah, jadi sepatutnya ia dibersihkan serta elakkan supaya ia tidak dibuang terus ke sungai,” katanya.

Pada Khamis, Fadillah memaklumkan 25 daripada 672 sungai di seluruh negara berada dalam kategori tercemar dengan kualiti air sungai (IKA) kelas tiga dan empat, melibatkan sungai di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak

Sebanyak 72 peratus iaitu 486 daripada jumlah sungai yang dipantau Jabatan Alam Sekitar itu berada dalam kategori bersih manakala 24 peratus atau 161 sungai pula berada dalam kategori sederhana. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan