Search
Close this search box.
Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2024 yang diadakan di Batu Danau, Limbang. Foto Awang Azmil (TVS)

Lebih 15,000 meriahkan Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2024

BySalasiah Safian

LIMBANG, 9 Jun: Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2024 yang diadakan di Batu Danau, Limbang merekodkan jumlah pengunjung melebihi 15,000 orang.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang, mereka yang datang bukan sahaja dari daerah Limbang, malah ada yang datang dari Kuching, Miri, Sabah dan Brunei Darussalam.

“Sebentar tadi saya dan juga Presiden dan juga Ahli Jawatankuasa tertinggi persatuan telah melihat aktitviti yang diadakan oleh four wheel club challenge iaitu anjuran kelab pacuan empat roda di Batu Danau ini dan sambutannya amat memuaskan dan untuk makluman kita bersama untuk motorshow sahaja jumlah kereta yang mengambil bahagian lebih daripada 133 buah jadi ini merupakan peningkatan daripada tahun-tahun yang lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Majlis Penutupan Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2024 di Batu Danau, Limbang pada Ahad.

Dalam pada itu, Paulus turut memaklumkan bahawa pihaknya akan mengadakan mesyuarat bersama pihak Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) berkenaan cadangan untuk membina Tebingan Sungai Batu Danau pada 11 Jun ini.

Sementara itu, pengunjung yang ditemui rata-ratanya penduduk Limbang gembira akan penganjuran Pesta Babulang dan Lumba Kerbau ini.

Mereka berpendapat pesta seumpamanya akan dapat meningkatkan jumlah pelancong ke daerah Limbang.

“Pendapat saya memang sangat-sangat baik sebab benda ini akan menyemarakkan lagi pelancongan di Limbang sebab Limbang ini kurang diperhatikan.

“Ia adalah satu tempat yang kecil, jadi untuk mempromosikan Limbang memang ini cara terbaik supaya lebih banyak tempat-tempat di negara ini sebab Malaysia adalah besar. Limbang khasnya memang agak ke belakang. Jadi dengan penganjuran ini orang luar boleh nampak budaya kami,” ujar Kathleen Mimi.

Duncan Lio turut menyuarakan pandangan yang sama dan penganjuran pada kali ini dilihat sangat meriah.

“Kali ini saya tengok meriahlah. Dia punya pengunjung bukan dari Limbang saja, dari luar negara pun datang juga. Saya tengok meriahlah kali ini jadi saya fikir baguslah buat program yang macam ini untuk menarik pelancong datang ke Limbang,” katanya.

“Pandangan saya program ini sangat menakjubkan. Ia berjaya menarik pengunjung dari luar negara seperti negara Brunei Darussalam,” tambah Rizalman Hamzah yang merupakan warga Sibu dan kini menetap di Limbang.

Penganjuran Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2024 kali ini memasuki edisi ke-19. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan